PSS

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai  alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbanganuntuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

  
PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak.
  • Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan.
  • Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.

PSS yang unggul mempunyai aspek-aspek/konsep seperti berikut :
  • Kemudahan fizikal
  • Koleksi berbagai jenis bahan(cetak dan bukan cetak)
  • Pengurusan yang teratur
  • Kakitangan media yang terlatih
  • Menawarkan berbagai jenis perkhidmatan
  • Ada matlamat dan objekti